Namanzee Harris

Namanzee Harris merupakan seorang eksekutif penyiaran Malaysia. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah sejak 1 Julai 2019.[1]Namanzee dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor, merupakan anak kedua daripada empat beradik.[2] Bapanya ialah pesara tentera laut di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).[2] Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia serta turut memiliki sijil Darjah Khas dari Sekolah Agama Datuk Abdullah Esa, Johor Bahru.[2]Selepas tamat belajar di UPM, Namanzee menyertai Astro pada 2004 sebagai pembantu penerbitan dan kemudian menjadi pengurus saluran Astro Prima dan Astro Oasis.[2] Jawatan terakhir beliau di Astro ialah sebagai Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi.[1]Pada 1 Julai 2019, beliau dilantik sebagai CEO TV Alhijrah yang baru. Pengerusi TV Alhijrah, Hussamuddin Yaacub berkata pelantikan Namanzee dibuat berdasarkan pengalaman luas dalam dunia penyiaran serta mempunyai latar belakang media: “Kami amat gembira dengan pelantikan beliau, di mana beliau memiliki pengalaman enam belas tahun di dalam dunia penyiaran serta pernah menyandang jawatan Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi di Astro".[3]

Berkaitan